Prestasi Lebih Baik Pada S2, Tetapi S3 dan S4 Mungkin Lebih Rendah

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi daripada jangkaan pada 4.9% menurut laporan suku kedua (S2) 2019 BNM, dalam suasana di mana ekonomi Singapura menghampiri kemelesetan dan Thailand mencatatkan pertumbuhan yang agak perlahan. Antara sorotan penting laporan ekonomi S2 BNM: Pertumbuhan KDNK tahunan S2 pada 4.9%, lebih tinggi daripada S1 (4.5%)

Minggu Yang Tidak Stabil Bagi Pasaran

Pasaran saham dunia terumbang-ambing minggu lepas, apabila Dow Jones Industrial Index (DJIA) dan S&P 500 turun naik dengan ketara. Pada pertengahan minggu, indeks DJIA jatuh sebanyak 800 mata. Pasaran tempatan juga terjejas selepas menjunam di bawah paras 1600. Banyak faktor yang menimbulkan kejutan termasuk perang dagangan berlarutan antara AS-China, protes

Gergasi Hypermarket Kini Dijinakkan Oleh Pesaing Lebih Kecil

Minggu lepas dalam perjalanan menghantar anak saya ke pertandingan hoki di Kuala Selangor, saya nampak hypermarket Giant di sana telah digantikan dengan Mustafa. Trend kemerostan rantaian hypermarket besar ini tidak menghairankan berasaskan perkembangan semasa. Pada satu masa dulu, ramai yang bimbang hypermarket akan memusnahkan kedai-kedai kecil dan menyebabkan banyak operasi

Dapat Bonus Tetapi Nilai Saham Tetap Sama

Apabila sesuatu syarikat mengumumkan saham bonus, nampak seperti ganjaran menarik bagi pemegang saham. Tetapi jangan terlalu teruja. Pengumuman bonus sebenarnya tidak meningkatkan nilai saham syarikat. Jika pemberian saham bonus diisytiharkan, ini bermakna syarikat akan mempermodalkan rizab/untung tertahan syarikat untuk menerbitkan saham bonus tersebut.  Maksudnya modal saham bertambah tetapi nilai rizab/untung

Monopoli Boleh Berkubur Dengan Cara Tidak Diduga

Baru-baru ini saya telah menghentikan langganan Astro (dan menggunakan NJOI). Sebabnya ialah tiada siapa lagi yang menonton TV di rumah kecuali sekali-sekala. (Saya memang peminat bolasepak tetapi sejak Arsenal makin lemah, saya pun dah malas nak tengok). Zaman di mana Astro boleh menaikkan harga langganan atas budi bicara sendiri sudah

Pro dan Kontra Menghentikan Khidmat Orang Berpengalaman

Semasa meninjau masalah yang dihadapi Boeing, saya terbaca artikel yang mendakwa bahawa sejak beberapa tahun lepas, Boeing telah menghentikan khidmat jurutera perisian kanan dan veteran dan telah outsource kerja-kerja pembangunan perisian (software) ke luar negara. Manfaat, dari segi teorinya, ialah penjimatan besar dari segi kos. Kelemahannya ialah kehilangan kepakaran sebenar

Bukan Senang Meramalkan Ekonomi

Dua minggu lepas Dr Jomo K. Sundram, tokoh ekonomi tersohor Malaysia berkata kita harus bersedia menghadapi cabaran ekonomi global, dengan ‘conditions deteriorating every day’.  Tetapi sejak itu, Trump telah mengubah sedikit pendiriannya dan pasaran saham AS dan Malaysia telah meningkat dan tinjauan tiba-tiba menjadi sedikit lebih positif.  Jadi kita perlu

Bukan Semua Saham Boleh Teruskan Pertumbuhan

Baru-baru ini dua saham yang saya perhatikan telah jatuh harganya sehingga memasuki buy range saya. Satu daripadanya ialah saham pengeluar pakaian tempatan dengan jenama kukuh yang pernah hot satu masa dulu dan juga syarikat pengeluar fail yang juga mempunyai jenama terkenal. Kedua-dua syarikat mempunyai cashflow kukuh dan pengurusan yang hebat. 

YOCB: Saham Dividen Yang Kurang Mendapat Perhatian

Susulan artikel tentang saham dividen minggu lepas, kita tinjau satu saham dengan dividen berpatutan yang kurang mendapat perhatian, iaitu Yoong Onn (YOCB).  Syarikat ini ialah pengeluar cadar dan aksesori katil untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain itu ia juga mempunyai rangkaian gedung runcit sendiri yang dinamakan Home’s Harmony. Saham